APA JADI DENGAN TENDER KKLW INI? SENYAP BEGITU SAHAJA!



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) Dato’ Yussoff Dohab, agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah.

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW.

Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.

Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta.

Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.




Angkara siapakah ini? Ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada Dato’ Yussoff Dohab atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd.

Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka.

Kasihan pegawai KKLW dipaksa untuk menandatangi surat kepada Kementerian Kewangan yang akhirnya boleh memusnahkan karier mereka. Apakah nasib pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan tender ini?
Surat KKM jelas menyebut “Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini hendaklah dikenal pasti dan dikenakan tindakan tatatertib. Sesalinan laporan tatatertib tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan rekod”.

Siapakah pegawai yang terlibat? Apakah pegawai Bahagian Pembangunan KKLW atau Bahagian Perolehan KKLW akan dijadikan mangsa oleh Menteri KKLW akibat kecuaian salah nasihat TKSU Sosio dan Dr Najmil Faiz ini?

Berapakah agaknya komisen yang telah diperolehi oleh Dr Najmil Faiz ini? (Umum mengetahui para pegawai Menteri KKLW terutama SUS Menteri memang kuat meminta rasuah).

Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan.

Apakah ini mencerminkan kebanyakan tender terhad KKLW dirancang sebelum ini terdapat banyak penyelewengan? SPRM mesti menyiasat mengapa terdapat kelemahan dan kecuaian dalam pengurusan tender KKLW supaya pegawai kerajaan tidak menjadi mangsa oleh Menteri atau pegawai Menteri yang tamak.

Mari kita lihat nasib Menteri KKLW mati di atas tangan pegawainya seperti Dr Najmil ini. Selepas ini akan ada pendedahan baru.


SUMBER : 

http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/12/tender-gate-kklw-siri-pertama.html

Comments